Tuesday, April 30, 2013

the acceptance

musnah,
ranap semua
sekarang aku perlu buat dari mula
sigh
semua ini demi cita-cita
sabar wahai hati
satu hari nanti kau akan diterima
teruskan bermimpi

US

unspoken
semua ayat, frasa, istilah bahasa
segalanya tetkemut di dalam dada

puisi seorang anak

maafkan aku duhai ayahanda
aku sering meributkan otakmu
mengikis lebat rambutmu
aku bukan anak sempurna
maafkan aku.

evolutions

aku kejar kau
kau kejar dia
dia kejar dia
apa semua ini?
larian 4x200m?

funny.

moga moga

bergembiralah.
semoga kembali bersatu bersama dia.
semoga dapat tidur lena.
dan dapat peluk hati bahagia.

patah sayap

dalam perjalanan panjang itu
kau asyik jatuh tergolek
banyak tangan yang menghulur
menawar kesembuhan untuk sayap yang patah
tapi engkau sombong
masih mahu yang menyombong.

terbang burung terbang

kini kau aku lepaskan
kau pergi terbang bebas
bersama segala kesakitan
seribu satu pesoalan tanpa jawapan
diiringi keterkilanan dan kengiluan
hempedu juga kalah dengan rasa kepahitan di hati
pisau juga sudah tidak mampu menikam diri

sacrification

aku tak pernah menyerah
cuma kau tak mahu berjuang

deep

ive been bruised
and ive been broken
cant believe that i put up with all this pain

your darkness was my weakness
but it turns out that it only when so deep
deep
deep

Monday, April 29, 2013

JODOH

aku bukan tiada jodoh dengan dia
aku hanya tidak punya jodoh dengan cinta.

FLASH BACK

bila difikir semula
lebih baik tiada cinta
lebih baik tiada setia
lebih baik tiada apa-apa
sudah terletak elok kita di sana

tolong jaga diri di sana
jangan risau jangan gusar
aku di sini baik-baik sahaja
semuanya elok-elok belaka.

beautyy

beautiful face
healthy skin
flat tummy
sexy hump
skinny legs

how i wish they're mine!

main tikam

dari kecik aku suka main tikam-tikam
sampai sekarang aku masih suka menikam
kalau dulu barang yang ditikam
sekarang aku lebih bahagia bila hati ditikam

selalu durjana

aku benci si hati durjana
tak tau perlu tumpang gembira
atau perlu rasa cemburu buta
bila tengok orang lain bahagia.

Sunday, April 28, 2013

the flowers

lima kuntum lima tangkai,
tiga ratus enam puluh lima kelopak,
a bouquet of roses, daisies,
infinity rasa cinta nan berbunga.

the dream of mine

Angan-angan aku,
melihat gugusan bintang di langit,
merenung kecantikan bulan di tengahnya,
meraba bayu malam di sekeliling,
mengintai cahaya cinta di sebalik tirai gelap malam.

Angan-angan aku yang lebih besar,
Semua itu disenarai pendek dalam catatan diari aku,
Malam itu satu demi satu baris ku potong,
Tanda selesai tentatif program aku,
Yang semuanya dilakukan bersama cinta.

Angan-angan aku yang paling besar,
Diari yang penuh habuk itu ku buka,
Ku selak setelah berlalunya sang dekad,
dan aku ulangi lagi buat julung kali
tapi kali ini bersama cinta kuasa dua.

Dapatkah jadi kenyataan atau aku akan terus berangan?

Repost - DUNIA AKHIR ZAMAN


insan oh insan,
lupakah kau pada Tuhan yang menciptakan engkau?
lupakah kau pada agama yang dibawa oleh para rasul junjungan Allah?
kau kata kau patuh kepada-NYA tapi kau puja harta kekayaan.
kau kata kau sayang saudara se-islam mu tapi bila tersentuh bahu kau buat tak tahu.
kau celik mata, celik ilmu tapi buta hati sampai mulut kau lancang sesedap hati.
di manakah syariat, di manakah muamalat yang acap kali kau sebut?
di manakah ihsan kau apabila mendengar saudara kau disembelih?
zaman fitnah, apabila kemahsyuran menjadi rebutan,
dan suara kecil aku hanya sekadar kuman yang tak dapat memberi sebarang kesan
terhadap INSAN.

Repost - A to the K to the U

Aku bukan manusia sempurna
Aku punya seribu satu kekurangan
Aku tidak mulia, hanya hamba Allah yang hina
Aku tidak berharta, tidak kaya,
Baik berbudi seribu bahasa
tapi aku ingin berjasa
harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama..

aku hidup bahagia, gembira.
tetapi aku juga telan rasa sengsara dan derita.
sama seperti manusia lain di sana
hidup kita sama sahaja
staage of umran kita berpusing menempatkan kita 
ke atas dan ke bawah.
aku pernah putus asa, aku pernah berusaha.
walaupun aku masih tak mampu berlari jauh,
sekurang-kurangnya aku cuba bangun dan merangkak setiap kali aku tersungkur.

kutip serpihan hati yang berkecai 
kumpul serpihan maruah yang kian menjadi tohmahan
dan bina takhta dengan kudrat yang masih bersisa di sisi aku.

impian aku cuma satu.
menyebarkan kasih sayang sesama manusia
dan saling mengingati tentang kewujudan Allah.
beri kebahagiaan kepada manusia harapan aku
ringankan beban dan derita mereka tujuan aku
sama-sama berkongsi kesenangan di syurga Allah matlamat aku.

tapi siapalah aku?
aku pun tak sebagus mana.
tapi cepat atau lambat aku akan merealisasikan mimpi aku
selepas aku menemui AKU
Aku yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya

Repost - Dunia Hari Ini

memang. lain darjat. lain pangkat. lain jenis. lain pendapat. lain perangai. memang lain cara. memang tak boleh sehaluan. aku nak cuba memahami. tapi aku tak dapat mengerti. mungkin kau yang tak reti. maybe ni cara manusia masa kini.

Repost - aku lagi

aku selalu berkata aku boleh hidup sendiri.
bisa berdiri tanpa ada yang menemani
betul ke boleh?
bisakah aku berlari?
bisakah aku berinovasi?
jika tidak bisa,
pada siapa aku nak mendaki
kalau peranan orang di sisi seakan mati.
atau aku yang buta hati?

Repost - Guwe Capek!

Penat. Beban. Bosan menanggung beban menjadi hamba. Hamba dunia. Hamba manusia. Tersepit di tengah tanggungjawab dan kemanusiaan. Terasa ingin lari jauh. Meninggalkan semua beban di belakang. Lebih baik cari Allah di hadapan.

Repost - KITA

Serious kau sahabat dunia akhirat.
Kau dengar setiap cerita manis dan kelat.
Kau selalu kata aku hebat dan punya bakat,
Walau aku tahu aku penuh karat.
Dan bila aku tahu semua yang tersirat,
Aku sedar semua dah terlambat.
Untuk kau, aku punya harapan terhebat.

Semoga kau bahagia di dunia dan akhirat.

Repost - PERFECTION

Semua orang sempurna tapi tak semua orang sempurna untuk kita. kesempurnaan datang dalam bentuk berbeza. kadang-kadang sempurna untuk kita, tidak bagi orang lain, dan begitu jua lah sebaliknya.

Saturday, April 27, 2013

norms

kau hidup asik risau
kau menggelabah
asyik fikir pandangan orang
mungkin sebab faktor usia
atau faktor kejiranan?
aku penat, sangat penat.
aku tak nak hidup bertopeng.
tolong beri aku kebebasan
supaya aku jumpa jalan.
aku dah tak tahan.

sosaiti masyarakat kini

perjalanan 10 batu ku jalani
hanya dengan berjalan kaki
seorang, sendiri
demi menyihatkan diri
merampingkan bodi
dan agar susah dirasai

sepanjang perjalanan itu
ramai yang prihatin
ramai yang menegur
dan ramai juga yang menyuit

tapi tipical kapitalis
tiada seorang yang berhenti
apalagi tangan dihuluri
hanya tahu dipandang sepi

sungguh aku tak perlukan bantuan
aku sendiri punya kekuatan
tapi di situ aku nampak nilai kemasyarakatan
yang hanya tinggal kenangan.

ni baru gadis

beahaviour speaks louder than words.
i always agree with this.

aku tau dia tak kan marah aku
atau tegur aku atau maki aku
tapi aku yang malu sendiri

sebab dia sangat baik
dan sangat lembut
dan bekerjaya
dan sangat lah gadis melayu.

sangat cantik
sangat ayu
bilik dan rumah dia sentiasa ada value
dan bukan hanya sekadar rumah.

bodoh lah sesiapa yang meninggalkan dia.
dia sempurna.

Friday, April 26, 2013

hati mereka

mereka pinta aku fahami hati mereka.
jaga hati mereka.
pelihara dan simpan kemas.
cuci dengan clorox kalau perlu.

bagaimana dengan hatiku?
hati aku yang direnyuk2.
ditumbuk sehingga remuk.

apa aku tidak punya hati bagi mereka?

keretapi panjang?

di dalam kenderaan ini,
aku duduk di barisan hujung kerusi,
supaya aku dapat mereserved kan diri.

ktmb dan aku,
sentiasa ada memoir,
setiap kali kami ketemu,
air mata akan mengiringi,
menyetujui kebengangan dan kebangangan diri.

gegarrr

cakap bergegar.
janji berjeler.
sumpah merata.
belagak baik gila.

tapi harapan,
habuk pun tak ada.

kepada engkau

kau.
kau lah, siapa lagi.
ya, kau.

aku dah beritahu,
jangan cakap benda tak pasti.
jangan janji kalau tak nak tepati.

tapi ni perkataan aku.
ni janji aku.

hujan panas, siang malam aku akan tunggu.
saat ke min ke jam, aku akan tabah.
dari asia ke eropah, aku kekal di samping kau.

kita lari ke garisan penamat berdua.
dan kita raikan kemenangan kita.

di sana, kalau kau mahu kembali ke masa silam,
aku akan lepaskan genggaman tanganku.
dengan seribu harapan kau akan menoleh ke arahku.

samada harapan menjadi kenyataan atau pun angan-angan,
di situ penentu segala.
penentu penamat kita.

boleh?

sayang seribu kali sayang

kau belajar tinggi-tinggi
liku-liku kau harungi
bukit-bukau kau daki
ranjau-ranjau kau lalui
semak-samun hidup kau tak peduli

tapi sayang seribu kali sayang,
otak dan hati kau letak di kaki.

Thursday, April 25, 2013

flying colors

suka.
aku suka.
aku suka perasaan ini.
aku suka perasaan takut dan risau ni.
aku suka firasat demam exam ni.
maknanya aku masih kisah.
aku masih mahu mendayung.
biar lambat asal selamat.
tapi jangan lambat sangat.
takut tak sampai sampai.
kan?

sanggup ke?

kalau aku komposer,
akanku buat lagu untukmu.

kalau aku pelukis,
akanku lukis potret wajahmu.

kalau aku angkasawan,
akanku kibar benderamu di bulan.

kalau aku doktor,
akanku cari penawar dengan kasihmu.

kalau aku kadi,
akanku nikahkan wan denganmu.

kalau aku store manager,
akanku naikkan pangkatmu.

kalau aku perdana menteri,
akanku naikkan wang br1m mu.

tapi aku hanya aku,
aku hanya ada telinga untuk mendengar segala ceritamu.
aku hanya punya mulut untuk menasihatimu.
aku hanya dapat pinjamkan tangan untuk meringankan bebanmu
aku juga punya kaki untuk disuap ke mulut orang yang mencaci kamu.

jadi,
sanggup tak kau jadi penasihat aku?
sanggup tak kau jadi perunding imej aku?
sanggup tak kau jadi ustazah aku?
sanggup tak kau jadi superwoman aku?
sanggup tak kau pukul lelaki durjana yang menjatuhkan aku?
sanggup tak lawan dunia bersama aku?

aku sanggup.
kau?

tapi kenapa?

kenapa ya?
kita dah cuba sayang semua.

tapi kenapa ya?
semua seperti terbakar melihat kita berdua.

kenapa ya?
kita cuma enjoy bersama,
tanpa selitkan sesiapa.

tapi kenapa ya?
cuma sebab kita makan dalam pinggan yang sama,
cuma sebab duit kita letak di tempat yang sama.
cuma sebab minda dan hati yang sama
meskipun jasad kita berbeza.
cuma sebab kebahagiaan kita masih dikongsi bersama.
kawan kau kawan kita.
musuh kau musuh kita jua.
cuma sebab itu prinsip persahabatan kita.

tapi kan awak,
kita kan jarang bersama.
jarang boleh bersua muka.
jarang mata bertentang mata.
jarang dapat bergurau senda.

tapi kenapa ya,
mereka masih mencemburui kita?

Wednesday, April 24, 2013

the winner

tak mengapa kalau kau bodoh
tak mengapa kalau kau kalah
tak mengapa kalau kau miskin
tak mengapa kalau kau kolot

asalkan kau tak bodoh sombong
asalkan kau masih berusaha untuk menang
asalkan kau cuba atasi kemiskinan
asalkan kau tidak menilai yang moden

dan yang paling utama,
asalkan kau tahu rasa sakitnya jatuh
dan peritnya mencuba untuk kembali merangkak

asal kau tetap jua mahu bangkit
itulah makna juara sejati.

zon B

yang mengejar aku larikan diri
yang lari aku kejar bertubi
dasar masochist pentingkan diri
hobi menyakiti diri
menyebukan hati
mematikan naluri

bila dapat keluar dari zon kebangangan ni?
please placebo, heals me!

Kapitalism

Denyutan di kepala semakin menyengat
Degupan di hati semakin merentap
keserabutan di otak semakin memintal

Air kapitalis ini aku sedut sedikit demi sedikit
Sambil merasa kesialan termakan prinsip sendiri
Tak dapat nak menahan godaan yang satu ini

Tolonglah wahai hati, sila berinterprasi
Tolonglah wahai minda, sila berkontemplasi
Tolonglah wahai lidah, sila berkonsistensi



Tuesday, April 23, 2013

Kelahiran

esok.
eh hell no.
14 jam lagi.
selamat hari jadi.
semoga cepat menemukan cinta hati.
walau aku cuba perbaiki,
hati aku dah mati.
walau aku masih bermanis lagi,
kita memang tak ada jodoh lagi.
hanya setakat ini.
biarkan aku pergi.
sebab aku tak layak dijadikan bini.
aku masih tak dapat sayangi diri sendiri,
apa lagi orang di sisi.
kalau ditakdirkan cinta bersemi lagi.
pasti aku akan kembali.

Monday, April 22, 2013

penglipur lara

pernah tak kau rasa
bila kau cinta
hati kau di pengantara
tapi hati dan jantung dia di sana
yang tinggal di sini hanya limpa
dan kau masih mahu empunya.

Terpeleot

memang aku jatuh
jatuh tersadung, tersungkur
harap tak ada yang nampak
kalau ada mata melihat
dan aku tak mampu bangkit
padan lah dengan muka aku

Sunday, April 21, 2013

biar

biarkan aku dengan duniaku
jangan kau peduli aku
jangan kau cari aku.

Thursday, April 18, 2013

jantung dan hati

awak memang yang pertama
dalam senarai yang saya cinta
tapi maafkan saya
saya dah tak berdaya
saya rindu dia
saya rindu kita
saya rindu minum dalam gelas yang sama
saya rindu makan dalam pinggan yang sama
saya rindu tidur di hamparan yang sama
saya rindu saat kita bertiga bersama
benarkan saya memaafi dia?
saya nak cinta
saya nak bahagia
saya nak kita
sekali lagi bersama
seperti dahulu kala
moh ler kita?

Wednesday, April 17, 2013

Give me the reasons

orang kata suka sebab hensem tak ke mana
sebab bila kedut dah menjelma hilang segala rasa
orang kata suka sebab kaya tak ke mana
sebab bila dah papa musnah semua rasa
orang kata suka sebab baik tak ke mana
sebab bila baran menjelma lari segala rasa
tapi aku masih tidak ke mana
walau aku suka tanpa apa-apa.
habis macam mana?

Thursday, April 11, 2013

Kills the Silence

ku akui

memang, aku mengaku
memang aku gembira.
memang, aku mengaku
memang aku bersedih.

memang, aku mengaku,
memang aku bahagia.
memang, aku mengaku,
memang aku terasa.

memang, aku mengaku,
memang aku ketawa.
memang, aku mengaku,
mata aku berkaca.

memang, aku mengaku,
memang aku bukan sesiapa.
memang, aku mengaku,
memang aku sedang jatuh cinta.

Wednesday, April 10, 2013

LAME

you, protocol, people
you, norm, society
lock me up in this silence
command me what to do and not to do
told me what to think and not to think
hide me in this numb space
resist the curiousity of me from the freedom
to watch all the chaos
make me think you're the broken one

then, what about me?

Tuesday, April 9, 2013

aku kau dia, kita

kau lihatku kerdil
kau lihatku kecil
kau lihatku batil
kau lihatku pencil

aku memang duduk bersenang
baringku berkuak lentang
berdiri dengan kaki goyang
jalanku terhuyung hayang

biar kau lihat aku sendiri
biar aku meratapi sepi
biar kau menagih simpati
biar aku merentap nadi sunyi

impianku sering berkocak
harapanku usai kali retak
mimpiku asyik sedap menetak
kenyataan yang elok terletak

kebodohanku tak rela menepi
apa lagi dsimpul rapi
diikat dijerut mati
sehingga kegelapan datang menemani

kepercayaanku terkadang berbelah bagi
pendirianku jarang menetapkan diri
pengetahuanku hanya di batas batas ubi
pengalamanku hanya seikat daun saleri

bunga di hati bercambah dan bertambah
lantas diagih sama rata ke rumah rumah
dari klang ke genting sepah
dari china ke eropah

jiwaku tiada membuat pilihan
tiada pula mengharapkan belasan
hatiku tidak pernah melawan
mahupun menetapkan siapa untuk mengawan

andai tidak menginginkan
andai tiada kesanggupan
andai terasa berat bebanan
andai tak mahu menyatukan

maka pergilah kepada mereka yang diinginkan
maka kejarlah mereka yang diidamkan
maka bontotilah mereka yang menjadi pujaan
maka turutilah meraka yang diharapkan

jangan risau jangan berpaling
aku akan gembira
aku akan ketawa
aku akan baik sahaja
aku akan kecapi bahagia
meneruskan kehidupan suka duka
bersama mereka yang sudi menerima
dan andai kewujudan mereka tiada
aku masih baik baik sahaja
sebab aku masih ada yang Maha Esa

azan baru sahaja berkumandang
aku rasa aku perlu bertenang
dan mula mendirikan sembahyang
dan sujud kepada-Mu sayang

Monday, April 8, 2013

pray

tolong jangan benarkan aku berharapan sangat
bermimpi kisah hitam bakal tamat
menggauli komplikasi campuran ramuan yang padat
jangan sampai terhasil otak yang terbantat.

sesak semak, karat tak berkerat
hati setan keparat
otak dajal laknat
tolong jangan bikin hidup aku palat

aku rindu mentari
demi menerangi langit yang sepi
membelah awan yang berahi
dengan harapan pelangi kan kembali

Sunday, April 7, 2013

a walk to remember

Love is always patient and kind
It is never jealous
Love is never boastful nor conceited
It is never rude or selfish
It does not take offense and is not resentful
Love takes no pleasure in other people's  sins but delights in the truth

Saturday, April 6, 2013

mind setup

my mind has made up its mind
and i'm afraid it's you
i touch happiness
i hug love
i kiss trust

my mind has made up its mind
and i'm afraid it's you
i feel uneasy
i fell ucomfortable
i feel unpleasent
i feel anxious

my mind has made up its mind
and i'm afraid it's you
i see honesty
i dream light
i absorb darkness

my mind has made up its mind
and i'm afraid it's you
i smell boreness
i taste bitter
i hear the sound of loneliness

my mind has made up its mind
and i'm afraid it's you
i hear safe and sound
i taste loyalty
i try regenerate

my mind has made up its mind
and i'm afraid it's you
i see ambiguosity
it resists the trustworthy
confirms the assumptions of me

my mind has made up its mind
and i'm afraid it's you
my mind has made up its mind
and my little heart supporting it too
my mind and heart have made their mind
and i'm afraid its you.

mimpi cinderella

aku seperti di awangan
minda berterbangan
akal bertebaran
hati berselerakan

pelangi di jiwa sentiasa kelihatan
mentari di hati memancar kelembutan
rembulan cinta bertautan
bintang kasih sayang bergemerlapan

biar aku bermimpi
biar aku berkhayal
biar aku berkhayal
biar aku berangan
jangan kejut daku dari mimpi indah ini

dalam mimpi ini
kita berdiri sama tinggi
duduk sama rendah
lari sama laju
baring selari

kita berlari dari bola api
meredah lautan sepi
mengelak ranjau duri
mendaki puncak tertinggi

dalam tidur
kita berpimpin tangan
pelukan erat tiada terurai
ciuman sehangat hot choc
mengenggam erat bara cinta

maka bantu aku
tolong aku mencintai cinta
merindui rindu
mengasihi kekasih
menyayangi kesayangan

dan kalau ini adalah mimpi
tolong tepuk supaya lena
tolong belai supaya selesa
tolong peluk supaya selamat
tolong cium supaya bahagia

jangan pernah kau kejutkan daku
dari mimpi terindahku
nanti jadi senandung sendu
mata hati merah meratap pilu

kau

siapa kau?
aku dah kenal kau lebih 70purnama
sempat la untuk budak jadi cerdik
untuk cinta menjadi gemersik.

tapi siapa kau?
kadang2 kau sejahat2 syaitan
kadang2 kau sebaik baik malaikat
atau adakah itu topeng semata

siapa kau?
biodata kau sahaja yang ku ketahui
kalau kau artis dah aku cari kau dalam google
tapi kau orang normal
aku menghabiskan masa 6tahun aku untuk cuba mengenali

tapi siapa kau
kau umpama dr jeckyll di luar
dengan mr hyde di dalam

siapa kau?
dulu kau caci kau maki
sekarang aku geli bila kau menasihati
adakah sekadar terapi diri?

tapi siapa kau?
yang aku sangka yang paling dekat denganku
rupanya jarak kita beribu batu.

Friday, April 5, 2013

First Aid Kit - To A Poet




And you said, "Don't give me nothing 
you don't want to lose"
I said, "Darling, I'll give you everything I got
if I want them to choose"

Then I got on a plane and flew
far away from you
Though unwillingly I left
and it was so, so hard to do

The streets here at home had rapidly filled up
with the whitest of snow
And they don't make no excuse for themselves
and there's no need, I know

Now I miss you more than I can take
and I will surely break
And every morning that I wake
god, it's the same
There's nothing more to it,
I just get through it
Oh, there's nothing more to it
I just get through it

It always takes me by surprise
how dark it gets this time of the year
And how apparent it all becomes
that you're not close, not even near

No matter how many times I tell myself
I have to be sincere
I have a hard time standing up
and facing those fears

But Frank put it best when he said
"You can't plan on the heart"
Those words keep me on my feet
when I think I might just fall apart

Now I miss you more than I can take
and I will surely break
And every morning that I wake
god, it's the same
There's nothing more to it,
I just get through it
Oh, there's nothing more to it
I just get through it
Oh, there's nothing more to it
I just get through it

And so I ask where are you now
just when I needed you
I won't ask again
Because I know there's nothing we can do
Not now, darling, you know it's true

Politik kotor

zaman dewasa belum ku langkau.
abad remaja telah ku khatam.
apakah status quo untuk separa dewasa?
cuma dua bundle purnama untuk memilih dua jalan.
jalan kebenaran atau jalan kegelapan.
waktu muka mana menjadi pilihan.

negara punya kebebasan dan wawasan.
seriuskah engkau bila menguarkan aku punya pilihan?
punya kebebasan?
kalau engkau dan musuh kau yang membasuh otak dan hati aku
hari demi hari?
kau sogok aku dengan harta, dia suap aku dengan mainan agama.
padahal semuanya kempen semata,
permainan si racist sedunia.

harta dan agama aku milik Dia,
bukan kau si biru atau si hijau.
aku muak, muntah aku dah tak terluak.
menonton mainan topeng politik antarabangsa.

bukankah politik itu indah?
seni agung yan terulung.
tetapi engkau dan puak puak kau yang mencemarinya dengan lidah yang digulung.