Tuesday, May 19, 2015

senyum

senyuman yang biasa itu membawa seribu makna bagiku
kerana dahulu, sebelum kita berdua ketemu
cara melemparkan senyuman yang biasa saja itu pun tidak pernah ku tahu
kini aku bawa senyuman manismu itu ke dalam lenaku
sambil-sambil aku tersipu malu akan reaksi di bibirku.

Wednesday, April 29, 2015

manusia dan lupa

Perempuan memang jenis begitu, mahu diulang ulang perkataan yang sama, mahu didengarkan terus ungkapan yang sama.
Jadi adakah lelaki berasa jemu dengan kondisi wanita itu?
Bukankah manusia itu memang fitrahnya sebegitu?
Alpa dan lupa, lelaki mahupun wanita sama saja.
Insan; itulah dia dan kamu.
Jangan malas terus wahai manusiaku
Kelak kamu berdua bakal terlupa sesama dirimu.

Friday, April 24, 2015

ABOUT YOU, AGAIN


Malam ini malam mengimbau masa lepas. Aku tak pernah terbayang yang aku akan jumpa cinta seperti ini. Hampir dua tahun bersama, dan hari ini, kau masih mengujakan. Sesetengah pendapat mengatakan, first love itu bukan orang pertama yang kita jatuh cinta tapi orang yang buat hidup kita sempurna,  membangkitkan perasaan yang tak pernah wujud sedemikian rupa pada waktu sebelumnya, which I agreed. Suka, duka, manis, tawar, pahit, semuanya terasa sempurna. Kesulitan pun terasa mudah hanya dengan melihat senyuman atau suara kau. Perbezaan umur, bidang dan cara pemikiran langsung tak membebankan. Kalau orang kata manusia angau itu gila, maka gilalah aku. Gilakan cerita akaun kau yang aku hanya berpura pura faham, gilakan cerita-yang-kau-dah-cerita-tapi-kau-lupa buat kesekalian kalinya, gilakan pertuturan dan bahasa baku yang keluar dari mulut kau which is naturally funny. Gilakan muka serius dan kerutan di dahi kau while you're driving. Gilakan kesibukan kau yang kadang kadang buat aku meroyan serupa perempuan gila. But this craziness is like a good craziness you know, which I would like to volunteer myself to indulge in it. So, how about we make it last forever?