Tuesday, May 19, 2015

senyum

senyuman yang biasa itu membawa seribu makna bagiku
kerana dahulu, sebelum kita berdua ketemu
cara melemparkan senyuman yang biasa saja itu pun tidak pernah ku tahu
kini aku bawa senyuman manismu itu ke dalam lenaku
sambil-sambil aku tersipu malu akan reaksi di bibirku.

Wednesday, April 29, 2015

manusia dan lupa

Perempuan memang jenis begitu, mahu diulang ulang perkataan yang sama, mahu didengarkan terus ungkapan yang sama.
Jadi adakah lelaki berasa jemu dengan kondisi wanita itu?
Bukankah manusia itu memang fitrahnya sebegitu?
Alpa dan lupa, lelaki mahupun wanita sama saja.
Insan; itulah dia dan kamu.
Jangan malas terus wahai manusiaku
Kelak kamu berdua bakal terlupa sesama dirimu.

Friday, April 24, 2015

ABOUT YOU, AGAIN


Malam ini malam mengimbau masa lepas. Aku tak pernah terbayang yang aku akan jumpa cinta seperti ini. Hampir dua tahun bersama, dan hari ini, kau masih mengujakan. Sesetengah pendapat mengatakan, first love itu bukan orang pertama yang kita jatuh cinta tapi orang yang buat hidup kita sempurna,  membangkitkan perasaan yang tak pernah wujud sedemikian rupa pada waktu sebelumnya, which I agreed. Suka, duka, manis, tawar, pahit, semuanya terasa sempurna. Kesulitan pun terasa mudah hanya dengan melihat senyuman atau suara kau. Perbezaan umur, bidang dan cara pemikiran langsung tak membebankan. Kalau orang kata manusia angau itu gila, maka gilalah aku. Gilakan cerita akaun kau yang aku hanya berpura pura faham, gilakan cerita-yang-kau-dah-cerita-tapi-kau-lupa buat kesekalian kalinya, gilakan pertuturan dan bahasa baku yang keluar dari mulut kau which is naturally funny. Gilakan muka serius dan kerutan di dahi kau while you're driving. Gilakan kesibukan kau yang kadang kadang buat aku meroyan serupa perempuan gila. But this craziness is like a good craziness you know, which I would like to volunteer myself to indulge in it. So, how about we make it last forever?

Tuesday, March 11, 2014

cukupkah andai aku gunakan seribu satu kata carutan terhadap diri sendiri
jika sebetulnya aku asyik menjunjung kebodohan yang sama berulang kali?

Monday, February 10, 2014

Sebenarnya destinasi percutian idaman aku cuma bertempat di dalam rangkulanmu.

Saturday, February 8, 2014

cuma

Apa yang aku ungkapkan setiap hari itu
Ianya cuma separuh daripada perasaan hatiku
Selebihnya disalurkan melalui kerinduanku
Yang saban hari merintih menunggu kehadiranmu
Sampai waktu datang memberi restu

Thursday, January 16, 2014



                  sometimes everything just seem ain't right.


Friday, January 10, 2014

self-imaginary

Hai kamu itu,
ajari aku bagaimana untuk menjadi seperti kamu
nampaknya aku dah mula tenggelam dalam khayalku

Hai kamu itu,
Pimpin aku ke jalan yang kita persetujui bersama dulu
biar aku bisa kekal menjadi aku seperti seorang kamu

hai kamu itu;
Sang aku yang dulu
bawa aku bersama kamu
aku mahu sepositif dahulu
aku yang sekarang manja melulu
semua benda rasa perlu dicatu
aku mahu menjadi kamu
yang sentiasa dipimpin kata kataku
yang setia dengan pendirianku
Bahagian diriku yang itu.



Wednesday, January 8, 2014

a place called home

hati kata di sini bukan tempatku
di sini, aku bodoh tak menentu
tak tahu mana satu hala nak tuju
cuma ikut telunjuk jari-jari itu
aku ikutkan semua yang mereka mahu
turuti telunjuk mereka-mereka itu
sampai otak aku jadi sebu
diinterperterasikan dengan warna; kelabu
hina dan cacilah hati serongku
tapi aku masih mahukan syurga yang baru.

Monday, January 6, 2014

MUNTAH

kadangkala aku juga punya rasa
teringin mahu bermanis kata
bermadah bahasa tentang hati nan berbunga
mencoret tentang kisah kita
menulis tinta sayang panjang berjela
semata mahu buat kau suka
tapi celaka betul rasa
kenapa aku tak bisa?


Friday, November 22, 2013

ADA

ada benda yang aku impikan
ada benda yang harus ku kejar
ada keutamaan yang aku perlu fokus
ada kehendak yang aku cuba jerat
ada segalanya pada setiap entiti yang berbeza
bagaimana mahu ku capai semua?

moga-moga tidak sampai yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.

Friday, November 15, 2013

tidak penting

dua tiga hari ini, hidup aku serba-serbi tak kena. Tiada istilah selulit atau lemak tepu yang terpacul keluar dari mulut ini. Juga tiada nama seperti selena gomez dan preity zinta seperti kebiasaanya. Padahal selalunya aku bukan begini, aku bukan seorang depresi sebegini. Aku manusia yang hambar.  Bermula alkisahnya daripada phone aku yang rosak. Tiada memory card dan aku langsung tiada backup. Bayangkan, semuanya; gambar dan lagu dan sebagainya yang hilang daripada penglihatan aku. Sebahagian daripada diri aku berasa kehilangan. Hilang kenangan. Tak cukup dengan itu, screen laptop aku pula rosak. Mujur hanya sebahagian screen dan masih lagi boleh digunakan. Jadi, aku tidak punya dana untuk memulakannya semula sehinggakan aku kena menjadi ahlong menagih bayaran balik pinjaman daripa sang-sang peminjam wang aku dulu. Seperti yang diramalkan, lebih banyak alasan dikemukan oleh sang penghutang. Patutlah ahlong sampai tegar membunuh. Akhirnya aku beli jua phone baru sendiri dengan duit simpanan aku yang tak seberapa. Nilai moral yang aku dapat kali ini ialah pentingnya budaya menabung dan jangan bagi pinjam wang kepada orang lain. Sebab bila kita mengalami depresi seperti ini, siapa yang sanggup meminjamkan bahu pula? siapa?

Ahhh tidak, pulangkanlah aku yang biasa.

jadi sayang saya mana, sayang saya?

Thursday, November 14, 2013

kekok

Sebenarnya aku nak bercerita tentang kehidupan seharian aku di sini. Tentang study life aku, tentang pakwe, tentang family, tentang persahabatan. Paling tidak pun buat lawak yang selalunya end up dengan kehambaran itu. Tapi kenapa ya? Aku macam tak reti. Aku kekok menaip kat sini. HA-HA.

THE ART OF PRESSURE

bawakan aku selebar pantai
untuk mententeramkan jiwaku
pinjamkan aku segagah bukit
untuk aku meluaskan pandanganku
kirimkan aku sekolam bintang
untuk tesenyum menghadap keliru
tekanan di sini buat aku buntu
mungkin aku terlupa untuk bersujud pada-Mu.

Tuesday, August 13, 2013

janji palsu

engkau.
engkau itu wakil manusia sejagat.

kerana abiliti mereka disekat--
mereka pilih kau agar kemanusiaan lebih dekat.

dan kau;
engkau taburkan janji-janjimu yang pekat
engkau hamburkan propaganda kau yang likat
engkau bilang kau ada selalu
segera beritahu saja bila perlu
dan kau akan sediakan sebidang bahu.

tapi hei kau itu,
di mana kau di saat dunia memerlukan dirimu?

Thursday, August 1, 2013

menghampiri tua

setahun sudah aku buat blog ni rupanya
waktu itu, aku bajet bajet berhijrah
mahu lari dari celaka katanya
tapi rupa rupanya makin banyak sengketa
makin banyak sengsara
makin merimbun terbit duka

tapi sudah setahun rupanya
sudah beribu aksara
beratus tinta
berpuluh berita
aku hamburkan rasa kecewa

sudah setahun rupanya
dan kini aku sudah terlalu berbeza
sudah boleh menerima bahagia
sudah boleh melangkah ke mana mana
dengan sejuta senyuman dan hilai tawa
aku cuma mahu kekal begini

selamanya
sampai bila bila.

Thursday, July 25, 2013

RAZMAN

Kekok rasa nak menaip di sini
awkward sekali.

aku datang ke sini dengan halaman muka baru
bersama hati aku, harapan baru
kita yang gembira dan tertawa selalu

Terima kasih Tuhan,
kerana mengurniakan kebahagiaan secepat ini
sesungguhnya engkau sebaik-baik cinta.

ke hadapan nyawa
dulu kan awak pernah bertanya tentang ini
sekarang apa kata awak cari
ikutlah arah naluri hati
pasti dia akan bawa awak ke mari

cepat, saya tunggu di sini.



Saturday, June 1, 2013

nilai bahagia

adakah perasaan bahagia
terlalu mahal harganya
bagi golongan darah sastera
yang halus jiwanya?

Monday, May 20, 2013

jalan

walau sekarang aku di garisan permulaan
sudah terpancar cahaya di penghujung jalan
aku sudah nampak haluan
dapat meraba tujuan
terima kasih atas nikmat-Mu Tuhan