hati kata di sini bukan tempatku
di sini, aku bodoh tak menentu
tak tahu mana satu hala nak tuju
cuma ikut telunjuk jari-jari itu
aku ikutkan semua yang mereka mahu
turuti telunjuk mereka-mereka itu
sampai otak aku jadi sebu
diinterperterasikan dengan warna; kelabu
hina dan cacilah hati serongku
tapi aku masih mahukan syurga yang baru.
Wednesday, January 8, 2014
Monday, January 6, 2014
MUNTAH
kadangkala aku juga punya rasa
teringin mahu bermanis kata
bermadah bahasa tentang hati nan berbunga
mencoret tentang kisah kita
menulis tinta sayang panjang berjela
semata mahu buat kau suka
tapi celaka betul rasa
kenapa aku tak bisa?
teringin mahu bermanis kata
bermadah bahasa tentang hati nan berbunga
mencoret tentang kisah kita
menulis tinta sayang panjang berjela
semata mahu buat kau suka
tapi celaka betul rasa
kenapa aku tak bisa?
Friday, November 22, 2013
ADA
ada benda yang aku impikan
ada benda yang harus ku kejar
ada keutamaan yang aku perlu fokus
ada kehendak yang aku cuba jerat
ada segalanya pada setiap entiti yang berbeza
bagaimana mahu ku capai semua?
moga-moga tidak sampai yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.
ada benda yang harus ku kejar
ada keutamaan yang aku perlu fokus
ada kehendak yang aku cuba jerat
ada segalanya pada setiap entiti yang berbeza
bagaimana mahu ku capai semua?
moga-moga tidak sampai yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.
Friday, November 15, 2013
tidak penting
dua tiga hari ini, hidup aku serba-serbi tak kena. Tiada istilah selulit atau lemak tepu yang terpacul keluar dari mulut ini. Juga tiada nama seperti selena gomez dan preity zinta seperti kebiasaanya. Padahal selalunya aku bukan begini, aku bukan seorang depresi sebegini. Aku manusia yang hambar. Bermula alkisahnya daripada phone aku yang rosak. Tiada memory card dan aku langsung tiada backup. Bayangkan, semuanya; gambar dan lagu dan sebagainya yang hilang daripada penglihatan aku. Sebahagian daripada diri aku berasa kehilangan. Hilang kenangan. Tak cukup dengan itu, screen laptop aku pula rosak. Mujur hanya sebahagian screen dan masih lagi boleh digunakan. Jadi, aku tidak punya dana untuk memulakannya semula sehinggakan aku kena menjadi ahlong menagih bayaran balik pinjaman daripa sang-sang peminjam wang aku dulu. Seperti yang diramalkan, lebih banyak alasan dikemukan oleh sang penghutang. Patutlah ahlong sampai tegar membunuh. Akhirnya aku beli jua phone baru sendiri dengan duit simpanan aku yang tak seberapa. Nilai moral yang aku dapat kali ini ialah pentingnya budaya menabung dan jangan bagi pinjam wang kepada orang lain. Sebab bila kita mengalami depresi seperti ini, siapa yang sanggup meminjamkan bahu pula? siapa?
Ahhh tidak, pulangkanlah aku yang biasa.
jadi sayang saya mana, sayang saya?
Ahhh tidak, pulangkanlah aku yang biasa.
jadi sayang saya mana, sayang saya?
Thursday, November 14, 2013
kekok
Sebenarnya aku nak bercerita tentang kehidupan seharian aku di sini. Tentang study life aku, tentang pakwe, tentang family, tentang persahabatan. Paling tidak pun buat lawak yang selalunya end up dengan kehambaran itu. Tapi kenapa ya? Aku macam tak reti. Aku kekok menaip kat sini. HA-HA.
Subscribe to:
Posts (Atom)