Monday, May 20, 2013

jalan

walau sekarang aku di garisan permulaan
sudah terpancar cahaya di penghujung jalan
aku sudah nampak haluan
dapat meraba tujuan
terima kasih atas nikmat-Mu Tuhan

Friday, May 10, 2013

GEDIK

kau kata kau sedang bermanis kata
menikmati bahagia rasa bercinta
semuanya indah sweet belaka
cakaplah aku dengki
kata lah aku iri hati
tapi kenapa ya
aku nampak semuanya mengada semata?

Tuesday, May 7, 2013

THELEGS



ini kaki.
kaki yang selama ini aku benci.
kerana seribu kecelaan pada diri.

tapi ini kaki.
dia ini yang membantu aku melangkah.
menyokong aku bila aku perlu berdiri.
dan membantu untuk menerajang api.

tapi aku masih tidak bersyukur lagi.
bila mahu ada keyakinan diri?

Monday, May 6, 2013

puncak persoalan

sepertimana mata aku tanpa lensa
macam itu lah hidup aku sekarang

aku masih bisa melihat
masih sempurna bernafas
tapi segalanya kabur
semuanya kosong.
hidup aku kurang sesuatu.

tapi apa
tapi apa sesuatu itu?
aku kena cari benda itu
atau hanya perlu sabar menunggu?
sumpah aku buntu
aku rasa ini klimaks aku.

egocentrism

aku lebih rela semua menyalahkanku,
dari aku menyua maruah meminta simpati,
tak perlu aku bercerita panjang lagi,
biar aku simpan semua komplikasi di sini--
di hati.

Sunday, May 5, 2013

dear god

ya tuhan, beri aku kekuatan.
suntikkan aku sedikit keyakinan
dan cambahkan rasa keimanan.

clone

kau seakan dapat membaca fikiranku
meskipun kau tak pernah kenal aku.
semuanya kena tepat ke batang hidungku
tak pelik bila aku jumpa kau aku malu
aku tengok kau tapi nampak aku
dan aku malu dengan rembesan diriku

kawan

dulu aku punya seorang kawan
yang kini bertukar status menjadi lawan
dan itu pengajaran yang paling berkesan
aku tak mahu lagi kehilangan seorang kawan.

Saturday, May 4, 2013

stand tall

im putting my defences up
coz i dont wanna fall anymore
and if i ever did that
i think i'd never get up

Thursday, May 2, 2013

watering

sekeras-keras hati aku,
aku masih perempuan-
yang bila diseram keraknya akan lembut jua
tapi bergantung kepada cara dan siapa penyiramnya.

super arrogance

jangan kau risau.
jangan kau gelisah.
secukup  mana pun kita, mereka tak kan pernah puas
selengkap mana pun kita, mereka akan tetap terasa

biar kita hidup cara kita.
biarkan mereka terasa.
mereka yang memilih untuk terasa.
anggap je kita tak buat apa apa.

dan kau akan gembira.

air mata air

kau boleh seka air mata yang mengalir bertalu,
tapi kau tak kan mampu halang ia dari turun menerjun,
sebagaimana kau tak daya menahan hati dari jatuh terjelupuk,
meski kau bisa menafikan realiti yang kau menggelupur.

a cry for help

perasaan ini tak terungkap. sakit memang sakit. pedih yang tak terkata. makan pun tak kenyang. tidur pun tak boleh lena. rasa sakit dada. tapi tak ada penawar yang boleh mengubati. habis macam mana? aku nak keluar dari sini. tapi fenomena ni seperti berhimpit dalam lrt. setiap kali aku nak keluar, semua berebut serbu masuk sehingga aku tak berdaya lagi untuk mencuba keluar dan akhirnya hanya terperangkap di dalam kesesakan. keserabutan dan kesumbatan. biar ada tangan yang mahu membantu menghulurkan pertolongan pun anasir luar masih menghimpit. bukan, sejujurnya anasir dalaman. aku takut untuk memulakan semula. atau aku takut untuk melepaskan kesakitan? kesakitan selalu menjatuhkan. tapi bila dapat bangkit semula, dapat kepuasan tahap nirvana. tapi aku masih tidak punya idea. aku tak tahu aku nak apa sebenarnya. seseorang tolong lah beritahu aku bagaimana caranya? berikan aku solusinya. aku tak punya daya untuk berfikir secara terbuka, berdiri di dunia nyata, yang ada hanya maya.

Wednesday, May 1, 2013

self-hatred

manusia seperti aku
tidak pernah tahu rasa bersyukur
hanya tahu melihat kekurangan
tanpa mengukur kelebihan
ini gila!
dari kaki hingga kepala
aku benci semuanya

lagu rindu sang masochist

aku duduk sendirian di kerusi kecilku,
meratap kepiluan mencintaimu,
menyayangimu si pria tanpa rasa,
kerana kau masih mahukan dia.

aku nyanyikan senandung sendu,
biar semua tahu aku rindu kamu,
meskipun engkau tiada sendu,
tidak pernah kah kau merindui aku?

aku tidak pernah mahu kau bermuram durjana,
aku masih setia dengan janji tidak akan meminta,
dari situ hati aku terhiris terluka,
liang kulit senak, pedih, ngilu terasa.

jangan kau pedulikan aku,
jangan kau terasa beban denganku,
ini hanya laguku kepada diriku,
sekadar peneman dikala beradu.

aku nyanyikan senandung sendu,
biar semua tahu aku rindu kamu,
meskipun engkau tiada sendu,
tidak pernah kah kau merindui aku?

ini hanya lagu rindu,
dari aku kepada aku.

negotiable

farah, she, herself.
it seems someone refuses to let go her dark sides.
masochism much.

indah cinta

sejujurnya aku suka bila lelaki memetik gitar
sebetulnya semua perempuan suka
tapi cinta yang ku hulur sangat indah
lebih indah dari alunan seruling
lebih indah dari esekan biola

kau paling indah.

puisi

aku memang tak tahan
bila otak kau terfikirkan dia
bila hati kau rindukan senyuman dia
bila puisi puisi kau semua untuk dia

aku rasa sesak nafas
rasa sakit jantung
rasa nak mati pun ada.

jadi aku pilih untuk reserved kan diri