Thursday, May 2, 2013

a cry for help

perasaan ini tak terungkap. sakit memang sakit. pedih yang tak terkata. makan pun tak kenyang. tidur pun tak boleh lena. rasa sakit dada. tapi tak ada penawar yang boleh mengubati. habis macam mana? aku nak keluar dari sini. tapi fenomena ni seperti berhimpit dalam lrt. setiap kali aku nak keluar, semua berebut serbu masuk sehingga aku tak berdaya lagi untuk mencuba keluar dan akhirnya hanya terperangkap di dalam kesesakan. keserabutan dan kesumbatan. biar ada tangan yang mahu membantu menghulurkan pertolongan pun anasir luar masih menghimpit. bukan, sejujurnya anasir dalaman. aku takut untuk memulakan semula. atau aku takut untuk melepaskan kesakitan? kesakitan selalu menjatuhkan. tapi bila dapat bangkit semula, dapat kepuasan tahap nirvana. tapi aku masih tidak punya idea. aku tak tahu aku nak apa sebenarnya. seseorang tolong lah beritahu aku bagaimana caranya? berikan aku solusinya. aku tak punya daya untuk berfikir secara terbuka, berdiri di dunia nyata, yang ada hanya maya.

No comments:

Post a Comment