Wednesday, May 1, 2013

lagu rindu sang masochist

aku duduk sendirian di kerusi kecilku,
meratap kepiluan mencintaimu,
menyayangimu si pria tanpa rasa,
kerana kau masih mahukan dia.

aku nyanyikan senandung sendu,
biar semua tahu aku rindu kamu,
meskipun engkau tiada sendu,
tidak pernah kah kau merindui aku?

aku tidak pernah mahu kau bermuram durjana,
aku masih setia dengan janji tidak akan meminta,
dari situ hati aku terhiris terluka,
liang kulit senak, pedih, ngilu terasa.

jangan kau pedulikan aku,
jangan kau terasa beban denganku,
ini hanya laguku kepada diriku,
sekadar peneman dikala beradu.

aku nyanyikan senandung sendu,
biar semua tahu aku rindu kamu,
meskipun engkau tiada sendu,
tidak pernah kah kau merindui aku?

ini hanya lagu rindu,
dari aku kepada aku.

No comments:

Post a Comment