Showing posts with label throwback. Show all posts
Showing posts with label throwback. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

Repost - DUNIA AKHIR ZAMAN


insan oh insan,
lupakah kau pada Tuhan yang menciptakan engkau?
lupakah kau pada agama yang dibawa oleh para rasul junjungan Allah?
kau kata kau patuh kepada-NYA tapi kau puja harta kekayaan.
kau kata kau sayang saudara se-islam mu tapi bila tersentuh bahu kau buat tak tahu.
kau celik mata, celik ilmu tapi buta hati sampai mulut kau lancang sesedap hati.
di manakah syariat, di manakah muamalat yang acap kali kau sebut?
di manakah ihsan kau apabila mendengar saudara kau disembelih?
zaman fitnah, apabila kemahsyuran menjadi rebutan,
dan suara kecil aku hanya sekadar kuman yang tak dapat memberi sebarang kesan
terhadap INSAN.

Repost - A to the K to the U

Aku bukan manusia sempurna
Aku punya seribu satu kekurangan
Aku tidak mulia, hanya hamba Allah yang hina
Aku tidak berharta, tidak kaya,
Baik berbudi seribu bahasa
tapi aku ingin berjasa
harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama..

aku hidup bahagia, gembira.
tetapi aku juga telan rasa sengsara dan derita.
sama seperti manusia lain di sana
hidup kita sama sahaja
staage of umran kita berpusing menempatkan kita 
ke atas dan ke bawah.
aku pernah putus asa, aku pernah berusaha.
walaupun aku masih tak mampu berlari jauh,
sekurang-kurangnya aku cuba bangun dan merangkak setiap kali aku tersungkur.

kutip serpihan hati yang berkecai 
kumpul serpihan maruah yang kian menjadi tohmahan
dan bina takhta dengan kudrat yang masih bersisa di sisi aku.

impian aku cuma satu.
menyebarkan kasih sayang sesama manusia
dan saling mengingati tentang kewujudan Allah.
beri kebahagiaan kepada manusia harapan aku
ringankan beban dan derita mereka tujuan aku
sama-sama berkongsi kesenangan di syurga Allah matlamat aku.

tapi siapalah aku?
aku pun tak sebagus mana.
tapi cepat atau lambat aku akan merealisasikan mimpi aku
selepas aku menemui AKU
Aku yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya

Repost - Dunia Hari Ini

memang. lain darjat. lain pangkat. lain jenis. lain pendapat. lain perangai. memang lain cara. memang tak boleh sehaluan. aku nak cuba memahami. tapi aku tak dapat mengerti. mungkin kau yang tak reti. maybe ni cara manusia masa kini.

Repost - aku lagi

aku selalu berkata aku boleh hidup sendiri.
bisa berdiri tanpa ada yang menemani
betul ke boleh?
bisakah aku berlari?
bisakah aku berinovasi?
jika tidak bisa,
pada siapa aku nak mendaki
kalau peranan orang di sisi seakan mati.
atau aku yang buta hati?

Repost - Guwe Capek!

Penat. Beban. Bosan menanggung beban menjadi hamba. Hamba dunia. Hamba manusia. Tersepit di tengah tanggungjawab dan kemanusiaan. Terasa ingin lari jauh. Meninggalkan semua beban di belakang. Lebih baik cari Allah di hadapan.

Repost - KITA

Serious kau sahabat dunia akhirat.
Kau dengar setiap cerita manis dan kelat.
Kau selalu kata aku hebat dan punya bakat,
Walau aku tahu aku penuh karat.
Dan bila aku tahu semua yang tersirat,
Aku sedar semua dah terlambat.
Untuk kau, aku punya harapan terhebat.

Semoga kau bahagia di dunia dan akhirat.

Repost - PERFECTION

Semua orang sempurna tapi tak semua orang sempurna untuk kita. kesempurnaan datang dalam bentuk berbeza. kadang-kadang sempurna untuk kita, tidak bagi orang lain, dan begitu jua lah sebaliknya.