Sunday, April 28, 2013

Repost - A to the K to the U

Aku bukan manusia sempurna
Aku punya seribu satu kekurangan
Aku tidak mulia, hanya hamba Allah yang hina
Aku tidak berharta, tidak kaya,
Baik berbudi seribu bahasa
tapi aku ingin berjasa
harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama..

aku hidup bahagia, gembira.
tetapi aku juga telan rasa sengsara dan derita.
sama seperti manusia lain di sana
hidup kita sama sahaja
staage of umran kita berpusing menempatkan kita 
ke atas dan ke bawah.
aku pernah putus asa, aku pernah berusaha.
walaupun aku masih tak mampu berlari jauh,
sekurang-kurangnya aku cuba bangun dan merangkak setiap kali aku tersungkur.

kutip serpihan hati yang berkecai 
kumpul serpihan maruah yang kian menjadi tohmahan
dan bina takhta dengan kudrat yang masih bersisa di sisi aku.

impian aku cuma satu.
menyebarkan kasih sayang sesama manusia
dan saling mengingati tentang kewujudan Allah.
beri kebahagiaan kepada manusia harapan aku
ringankan beban dan derita mereka tujuan aku
sama-sama berkongsi kesenangan di syurga Allah matlamat aku.

tapi siapalah aku?
aku pun tak sebagus mana.
tapi cepat atau lambat aku akan merealisasikan mimpi aku
selepas aku menemui AKU
Aku yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya

No comments:

Post a Comment