Friday, April 26, 2013

kepada engkau

kau.
kau lah, siapa lagi.
ya, kau.

aku dah beritahu,
jangan cakap benda tak pasti.
jangan janji kalau tak nak tepati.

tapi ni perkataan aku.
ni janji aku.

hujan panas, siang malam aku akan tunggu.
saat ke min ke jam, aku akan tabah.
dari asia ke eropah, aku kekal di samping kau.

kita lari ke garisan penamat berdua.
dan kita raikan kemenangan kita.

di sana, kalau kau mahu kembali ke masa silam,
aku akan lepaskan genggaman tanganku.
dengan seribu harapan kau akan menoleh ke arahku.

samada harapan menjadi kenyataan atau pun angan-angan,
di situ penentu segala.
penentu penamat kita.

boleh?

No comments:

Post a Comment