kau lihatku kerdil
kau lihatku kecil
kau lihatku batil
kau lihatku pencil
aku memang duduk bersenang
baringku berkuak lentang
berdiri dengan kaki goyang
jalanku terhuyung hayang
biar kau lihat aku sendiri
biar aku meratapi sepi
biar kau menagih simpati
biar aku merentap nadi sunyi
impianku sering berkocak
harapanku usai kali retak
mimpiku asyik sedap menetak
kenyataan yang elok terletak
kebodohanku tak rela menepi
apa lagi dsimpul rapi
diikat dijerut mati
sehingga kegelapan datang menemani
kepercayaanku terkadang berbelah bagi
pendirianku jarang menetapkan diri
pengetahuanku hanya di batas batas ubi
pengalamanku hanya seikat daun saleri
bunga di hati bercambah dan bertambah
lantas diagih sama rata ke rumah rumah
dari klang ke genting sepah
dari china ke eropah
jiwaku tiada membuat pilihan
tiada pula mengharapkan belasan
hatiku tidak pernah melawan
mahupun menetapkan siapa untuk mengawan
andai tidak menginginkan
andai tiada kesanggupan
andai terasa berat bebanan
andai tak mahu menyatukan
maka pergilah kepada mereka yang diinginkan
maka kejarlah mereka yang diidamkan
maka bontotilah mereka yang menjadi pujaan
maka turutilah meraka yang diharapkan
jangan risau jangan berpaling
aku akan gembira
aku akan ketawa
aku akan baik sahaja
aku akan kecapi bahagia
meneruskan kehidupan suka duka
bersama mereka yang sudi menerima
dan andai kewujudan mereka tiada
aku masih baik baik sahaja
sebab aku masih ada yang Maha Esa
azan baru sahaja berkumandang
aku rasa aku perlu bertenang
dan mula mendirikan sembahyang
dan sujud kepada-Mu sayang
U have ur one blog . Nice ~
ReplyDeletethanx :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete